Pages

Tuesday, April 26, 2011

Kisah Suami Isteri Tiada Teladan

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.


"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim.
"Okeh!"kata Milah.


Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,


"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim.
"Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker.


"Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim.
"Baik bang!"jawab Milah lagi.


Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya.
"Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius.
"Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.


"Alah abang ni.."kata Milah, mula rasa Halim annoying.
"Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"


Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur...
"Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" 
Pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin.
"Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.


"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang.
"Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum.
"MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,

"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"

Thursday, February 10, 2011

Ditampar Jangan

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )


" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Tulisan asal Ust. Salman Maskuri

Thursday, January 27, 2011


Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Monday, January 24, 2011

BOXTHIRN TREE


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.



Pokok ni ada banyak jenis. Gharqad atau orang putih panggil ni pokok Boxthorn. Ada jenis China, Jepun dan Afrika. Rasanya yang orang Israel tanam kat Palestin tu yang jenis Afrika la. Diorang siap ada dana lagi untuk pembiakan pokok ni. Bukti diorang kaji Al-Quran.Pokok ni jenis berduri

Ini website Israel laknat tu -http://www.jnf.org/- yang mintak dana untuk tanam 220 juta pokok Gharqad ni. Motif diorang for Israel Forever.

Tuesday, January 18, 2011

Cinta dunia, takut mati


kematian adalah satu benda yang pasti..
setiap kejadian yang hidup itu pasti akan mati

kita seronok bila menonton wayang bersama rakan2..
kita ketawa bila melihat aksi lucu di kaca TV
kita puas setelah 3 jam shopping di mall
dan kita menangis melihat saudara kita menghadap kematian
adakah kita?

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hampir terjadi keadaan yang mana ummat-ummat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. “
Salah seorang sahabat berkata; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?”
Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. “
Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu?
Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati. “

(HR Abu Daud)

Sunday, January 16, 2011

aku dikau,dikau aku



hari ni baru aku tahu, kasut aku dh koyak..
hari ni baru aku tahu, tali beg aku dh putus..
hari ni baru aku tahu,....

kadang2 hidup ni tak seindah rupa
kerana pulut santan binasa
kerana mulut, badan binasa
kerana hati, orang tak peduli
kerana hati, hidup kita umpama mati

pernah tak korang terfikir kenapa orang2 tua cakap "Tak berhati perut"?
ataupun "Hoi! Takde hati perut punye orang!.."

Kita selalu ingat hati tu dekat jantung kan?
Bila cakap "i love u" mula la tunjuk dekat dada..
Hati tu sebenarnya dekat sebelah perut je,

Itu menunjukkan org2 tua kita dulu hebat
Takde sains, takde biology
Tapi mampu memahami jasad tubuh kita yang berdiri

Ada apa dengan hati?

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir RA katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda :
"....Ketahuilah bahawa di dalam badan ada sekatul daging , apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah itulah yang dikatakan HATI."

Sampaikanlah pesan kepada rakan2
Jauhilah prasangka buruk,
Jauhilah makanan dan minuman haram,
Jagalah tingkah laku,
Periharalah akhlak peribadimu..

Tuesday, January 11, 2011

Melayu bukan, Cina bukan, Malaysian pun bukan



Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)

Monday, January 10, 2011

Wisdom, Justice and Love...


"I come to this magnificent house of worship tonight because my conscience leaves me no other choice... A true revolution of values will lay hand on the world order and say of war, 'This way of settling differences is not just.' This business of burning human beings with napalm, of filling our nation's homes with orphans and widows, of injecting poisonous drugs of hate into the veins of peoples normally humane, of sending men home from dark and bloody battlefields physically handicapped and psychologically deranged, cannot be reconciled with wisdom, justice, and love..." -Martin Luther King Jr.

This speech by Martin Luther is about how we as human beings are becoming more and more ruthless towards each other. As the song progresses onwards, King's voice becomes increasingly more emotionless and robotic... just like we humans are becoming so emotionless to the point that we can do such horrible things, as mentioned in the speech, to each other.